View Article |
Pelaksanaan Dakwah Islam dalam Membangunkan Program Pemulihan Kerohanian dan Akhlak Secara Efisien dan Berkualiti: Pendekatan di Sebalik Tirai Besi
Nurul Wafiqah Abd Latif1, Masuriyati Yahya2, Dayang Tiawa @ Noriah Awang Hamid3.
Kemunculan teknologi pintar telah mengubah rutin kehidupan harian manusia dengan hanya satu
sentuhan. Perkembangan pesat teknologi digital membolehkan industri menghasilkan pendigitalan
manuskrip dan ini dapat meluaskan penerbitan Dakwah agar penyebarannya lebih cepat dan berkesan.
Dakwah dalam berbagai bentuk telah menzahirkan imej Islam sebagai agama universal dan
penyebarannya telah banyak diusahakan tanpa mengenal penat dan lelah dari para pendakwah itu
sendiri. Bertitik tolak daripada itu, program pemulihan kerohanian dan akhlak telah disediakan dalam
bentuk penyusunan silibus bagi tujuan membimbing penghuni institut penjara agar kembali semula ke
jalan yang diredai Allah Taala dan memulakan kehidupan baru di bawah bimbingan ajaran Islam yang
sempurna serta mengikut Sunnah Nabi Muhammad į¹¢allallahu ‘Alaihi Wasallam, juga seharusnya
dibangunkan melalui teknologi digital. Justeru itu, artikel ini akan meninjau bentuk pemulihan
kerohanian dan akhlak serta cadangan kaedah digitalisasi Dakwah yang bersesuaian untuk
diaplikasikan di institusi-institusi pemulihan sebagai satu pendekatan baru sesuai dengan kemajuan
teknologi digital hari ini. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan metode penelitian
bersistematik melalui sorotan karya literatur. Hasil kajian ini mendapati bahawa kepentingan
sokongan sosial melalui khidmat dakwah secara kreatif dengan pengisian elemen Tazkiyah al-Nafs,
al-Tawbah, Halaqah dan hiburan Islam dalam pemulihan terbukti berkesan dan sebagai usaha untuk
mempertingkatkan kualiti kerohanian penghuni sebagai generasi tirai besi yang beriman dan bertakwa
serta berketerampilan menurut acuan al-Quran dan Sunnah.
Affiliation:
- Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Spg 347, Jalan Pasar Gadong, BE 1310, BRUNEI Darussalam, Brunei
- Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Spg 347, Jalan Pasar Gadong, BE 1310, BRUNEI Darussalam, Brunei
- Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Spg 347, Jalan Pasar Gadong, BE 1310, BRUNEI Darussalam, Brunei
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 28 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|