View Article |
Kesesuaian Taksonomi Bloom dengan Bidang Hafazan al-Quran dalam Dokumen Standard Kurikulum dan KSSM Pendidikan Islam
Azwani Masuwai1, Ab Halim Tamuri2, Ahmad Munawar Ismail3, Nur Hanani Hussin4.
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti akan kesesuaian aras berfikir yang dibawa oleh Bloom
dalam bidang hafazan al-Quran dengan melihat Dokumen Standard Kurikulum dan (DSKP). DSKP
merupakan dokumen penting yang menjadi rujukan guru dalam menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang ditetapkan bagi
mencapai tahap penguasaan yang tertentu. Berdasarkan analisis dokumen yang dijalankan, hafazan
al-Quran yang melibatkan aras berfikir ‘memahami’ dan ‘mengingat’ berada pada aras Kemahiran
Berfikir Aras Rendah (KBAR). Hakikatnya, hafazan yang melibatkan kaedah pembelajaran yang
tersusun turut berada pada beberapa tahap pemikiran yang lain yang ada dalam Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT). Justeru, kajian ini cuba mengupas kemahiran-kemahiran dalam aktiviti hafazan
dan menganalisis DSKP sedia ada bagi mengesan apakah tahap pemikiran yang terlibat dengannya bagi melihat kesesuaian dan ketepatannya bagi satu-satu standard yang ditentukan. Implikasi daripada kajian ini, dapat dikesan wujudnya percanggahan di antara aras berfikir oleh Bloom dengan kemahiran hafazan yang ada dalam bidang Pendidikan Islam.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Malaysia, Malaysia
- Kementerian Pendidikan Malaysia, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia , Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 31 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|