View Article |
Pembangunan dan penilaian pengguna untuk aplikasi kesedaran etika siber
Suhaila Zainudin1, Shahrina Shahrani2, Zulaiha Ali Othman3, Wan Fariza Paizi@Fauzi4, Khairul Akram Zainol Ariffin5, Praveen a/l Kanagarajah6, Siti Aishah Sahar7, Nurul Hasmidar binti Lah8.
Pengetahuan tentang keselamatan siber adalah asas yang penting bagi setiap pengguna teknologi dan Internet pada masa kini. Penggunaan teknologi terkini semakin mendedahkan golongan muda kepada berbagai ragam dunia siber. Golongan muda pula kurang pengetahuan untuk melindungi diri dari jenayah siber. Golongan muda wajar memahami kepentingan keselamatan siber sebelum melibatkan diri dengan dunia siber secara aktif. Kajian ini mencadangkan pembangunan aplikasi mudah alih Kesedaran Keselamatan Siber yang menyediakan platform penyebaran pengetahuan kesedaran siber. Objektif aplikasi ini adalah menyebarkan pengetahuan tentang keselamatan siber menerusi bahan pengajaran multimedia seperti video, poster infografik, dan slaid pembentangan. Aplikasi ini juga menerapkan konsep gamifikasi atau permainan bagi menerapkan unsur interaktiviti pembelajaran bagi pengguna. Pembangunan aplikasi dilaksana menerusi metodologi Agile. Aplikasi ini mengumpulkan data pengguna seperti maklumat asas dan skor yang dicapai dalam permainan. Pengguna dapat menyimpan perkembangan pembelajaran mereka, melihat sejarah perkembangan pembelajaran mereka, melihat modul matapelajaran keselamatan siber yang mereka telah mula belajar, dan mengubahsuai profil. Aplikasi ini menggunakan pangkalan data untuk menyimpan dan memanfaatkan semua bahan multimedia dalam proses pembelajaran dan gamifikasi aplikasi ini. Hasil penilaian dengan responden menunjukkan respon positif pengguna terhadap kefungsian aplikasi ini. Pada masa yang sama, aplikasi ini masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan berdasarkan maklumbalas responden.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka, Malaysia
- Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 20 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|