View Article |
CABARAN DAN PERMASALAHAN PEMBELAJARAN MURID B40 DI SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA
WAN NUR IZZATI HAZWANI KASHFI1, NORHAYATI CHE HAT2, SITI SALWA MOHD NOOR3, NORASYIKIN OSMAN4, NURAZAN MOHMAD ROUYAN5, ZAHARAH HUSSIN6.
Isu permasalahan pembelajaran dalam kalangan pelajar B40 semakin mendapat perhatian ramai pihak di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui statistik tahunan kemasukan pelajar B40 ke sekolah yang mengalami penurunan, serta penyertaan yang kurang memuaskan dalam aktiviti pembelajaran seharian oleh pelajar B40 khususnya di sekolah rendah. Tidak kurang juga ada pelajar B40 yang memilih untuk berhenti sekolah kerana tidak mampu membiayai yuran sekolah ataupun membantu keluarga dalam aktiviti meraih pendapatan, seterusnya menyumbang kepada keciciran pendidikan. Antara isu dan permasalahan pembelajaran yang sering dialami oleh pelajar B40 adalah tahap kemahiran membaca dan menulis yang rendah, tahap kehadiran ke sekolah yang rendah, sering ketinggalan dalam pembelajaran, hilang daya tumpuan dan motivasi dalam pembelajaran. Pelbagai kajian telah dilaksanakan bagi mengkaji faktor-faktor permasalahan pembelajaran pelajar B40 secara mendalam. Antara faktor besar yang mempengaruhi isu ini adalah faktor sosioekonomi dan penglibatan ibu bapa. Ini kerana masih terdapat kekangan kewangan dan ekonomi keluarga yang tidak dapat dijangka. Masalah-masalah ini perlu ditangani dengan sebaiknya. Justeru, kertas konsep ini mengutarakan beberapa cadangan dan saranan bagi mengatasi isu dan permasalahan pembelajaran yang berlaku dalam kalangan pelajar B40 agar golongan ini mendapat akses pendidikan yang berkualiti dan sewajarnya di samping merapatkan jurang keciciran pendidikan tanpa mengira latar belakang keluarga.
Affiliation:
- Universiti Sultan Zainal Abidin, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia, Malaysia
- Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|