Telegram sebagai medium alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)
Nurulaisyah Abu Bakar1, Fatin Natasya Mohd Rofizi2, Nur Farahkhanna Mohd Rusli3.
Kajian ini bertujuan menjelaskan manfaat penggunaan Telegramsebagai medium alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Kajian ini merupakan suatu kajian berbentuk kualitatif deskriptif. Data dikumpul melalui kaedah kepustakaan dengan merujuk buku catatan dan sumber-sumber bertulis seperti jurnal, buku-buku ilmiah, disertasi dan artikel yang berkaitan dengan skop kajian. Data yang diperoleh akan digunakan untuk membantu memberikan justifikasi terhadap manfaat penggunaan telegram sebagai medium alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Hasil kajian menunjukkan aplikasiTelegram sebagai medium PdPR mempunyai kelebihan antaranya merupakan sebuah aplikasi yang mesra pengguna, membantu guru dan pelajar mencapai objektif pembelajaran dan menggalakkan pembelajaran secara kolaboratif dalam kalangan pelajar. Dari segi implikasi, kajian ini dapat mengetengahkan kebaikan penggunaan Telegram sebagai salah satu medium alternatif yang dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, 35900, Malaysia, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, 35900, Malaysia, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, 35900, Malaysia, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 102 time(s))