View Article |
Ahmad Ibrahim (1916-1999) dan Sudirman Arshad (1954-1992): Ikon perpaduan negara dalam bidang perundangan dan seni persembahan
Mohammad Hariz Shah Mohammad Hazim Shah1, Ahmad Hidayat Buang2.
Ahmad Ibrahim merupakan tokoh tersohor dalam bidang perundangan, manakala Sudirman
Arshad pula merupakan penghibur terkenal dalam bidang seni persembahan. Kemunculan keduadua figura ini sangat penting kepada pembentukan dan pembaharuan landskap perundangan dan
seni persembahan di Malaysia yang dinamik. Pengaruh figura ini dapat dilihat dengan jelas pada era 1970-an dan 1980-an melalui reformasi yang dilakukan dalam bidang masing-masing. Kajian
ini membincangkan tentang latar belakang, pemikiran, sumbangan, pencapaian, impak, legasi
dan titik temu antara kedua-dua tokoh ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui
kaedah kepustakaan dan dokumentasi daripada pelbagai sumber primer serta sekunder. Dapatan
kajian ini menunjukkan bahawa pemikiran dan sumbangan kedua-dua tokoh ini memberi impak
yang signifikan dalam bidang perundangan dan seni persembahan kepada masyarakat. Tokoh
Ahmad Ibrahim didapati telah melakukan pengharmonian antara undang-undang sivil dengan
syariah dan Sudirman Arshad pula meninggalkan warisan yang tersendiri melalui pelbagai karya
yang diketengahkan mencakupi segenap tema kehidupan masyarakat di Malaysia. Sumbangan
kedua-dua tokoh ini dapat didapati saling melengkapi dalam mengintegrasi dan menyatupadukan
masyarakat majmuk di Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama supaya dapat hidup
dalam keadaan harmoni dan tidak terasing antara satu sama lain.
Affiliation:
- Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Malaysia
- Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 25 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|