View Article |
Aspek realisme magis dalam novel Cebisan Mantera Terakhir
Eizah Mat Hussain1, Siti Nur Anis Muhammad Apandi2, Nurhasyimah Saidin3.
Kemunculan aliran realisme magis dilihat melalui gabungan antara dua dunia, iaitu dunia nyata
dan dunia fantasi yang membawa pemikiran baru dalam karya sastera. Penelitian terhadap
realisme magis dalam suatu karya sastera sangat penting kerana pada dasarnya realisme magis
merupakan satu cerminan atau refleksi yang nyata mengenai budaya dan sosial masyarakat.
Kajian ini mengaplikasikan Teori Realisme Magis oleh Faris (2004) untuk memperlihatkan
aspek realisme magis dalam novel Cebisan Mantera Terakhir (2013) karya Hasanudin Md Isa
dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad (ITBM). Novel ini
memaparkan genre misteri atau mistik yang menerapkan elemen dunia ghaib dan golongan
pawang yang terlibat dalam kegiatan santau dalam masyarakat Melayu. Kajian ini bertujuan
untuk mengenal pasti dan menganalisis aspek realisme magis dalam novel yang memperlihatkan
bagaimana pengarang mengungkapkan elemen realisme magis dalam karya. Kajian ini dilakukan
secara kualitatif dengan membuat analisis kandungan teks. Dapatan kajian ini jelas
menggambarkan unsur magis yang dapat dikesan dalam amalan santau dengan berlatarkan
masyarakat Melayu. Penggunaan prinsip-prinsip oleh Faris (2004) telah menonjolkan
perhubungan yang jelas antara unsur realiti dan unsur magis dalam amalan santau itu dengan
adanya pembahagian kepada kelompok-kelompok tertentu, iaitu objek, peristiwa, watak,
kepercayaan, teks, dan sebagainya. Dalam masyarakat Melayu, konteks agama dan kepercayaan
tidak dapat diasingkan dalam tradisinya yang turut dipaparkan sebagai satu perkaitan antara alam
nyata dan alam ghaib.
Affiliation:
- Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
- Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
- Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 22 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|