View Article |
Cabaran dan sumbangan penterjemahan dalam memperkasa bahasa Melayu di peringkat antarabangsa
Asyraf Hj. Ab Rahman1, Mazlina Ahmad2, Mariati Mat Salleh@Md Nor3, H. Gunawan Adnan4.
Penterjemahan merupakan aktiviti mentafsir dan memahami makna sesuatu teks serta
memindahkan semula dalam bahasa yang lain. Aktiviti penterjemahan bertujuan untuk
menghasilkan karya terjemahan yang membawa konsep dan makna yang sama dengan
sesuatu karya ke dalam bahasa yang lain bagi tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan.
Pendekatan ini membolehkan sesuatu karya atau maklumat dimanfaatkan oleh sesebuah
masyarakat dalam pelbagai bidang ilmu seperti aspek pemikiran, sosial, ekonomi dan politik.
Kajian ini membincangkan cabaran dan sumbangan penterjemahan yang melibatkan karya
bahasa Melayu ke dalam bahasa asing yang secara tidak langsung memartabatkan bahasa
ibunda selain menyebarluaskan proses perkembangan tamadun. Kajian ini menggunakan
kaedah analisis kandungan yang dijalankan pada artikel jurnal, buku, bab dalam buku dan
akhbar dengan meneliti sumbangan serta cabaran aktiviti penterjemahan yang telah
dipelopori oleh Kerajaan Abbasiah (749-1256 M) sebagai suatu gagasan pendekatan dalam
mengembangkan ilmu pengetahuan dan bahasa Arab ke Eropah dan benua berdekatan.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa bidang penterjemahan menyumbangkan peranan
yang sangat besar dalam pembudayaan dan perkembangan tamadun ilmu sesebuah
masyarakat contohnya pada zaman Kerajaan Abbasiah. Bagi memperkembangkan bahasa
Melayu ke persada antarabangsa, usaha untuk memperkenalkan dan mempromosikan bahasa
Melayu akan berjaya melalui usaha penterjemahan ke dalam bahasa-bahasa utama dunia. Hal
ini juga berlaku kepada pengarang-pengarang besar di negara-negara lain seperti Jepun,
Korea, Arab dan Indonesia. Walau bagaimanapun, aspek pendidikan dan politik merupakan
antara cabaran terbesar dalam memastikan kelancaran usaha ini. Kajian ini diharapkan dapat
memberikan sumbangan kepada industri penterjemahan di Malaysia dalam usaha merancang
pengglobalan ilmu bahasa Melayu yang turut memberikan kesan ke arah pemerkasaan dan
pemartabatan Bahasa Melayu.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu, Malaysia
- Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu, Malaysia
- Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu, Malaysia
- State Islamic University of Ar-Raniry, B. Aceh, I, Indonesia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 45 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|