View Article |
Analisis pragmatik kecenderungan pelaporan akhbar berbahasa Melayu di Malaysia berdasarkan elemen bahasa
Hasmidar Hassan1, Nurerma Aida Abdul Rahman2, Norsofiah AbuBakar3.
Akhbar ialah salah satu saluran utama yang menyampaikan pelbagai berita dan maklumat
kepada masyarakat. Sejak sekian lama, akhbar terbukti mempunyai peranan yang besar untuk
menyampaikan maklumat kepada pembaca di seluruh pelosok negara dan mampu mengubah
persepsi dan pandangan masyarakat terhadap sesuatu isu dan berita. Dalam konteks akhbar di
Malaysia, akhbar arus perdana bukan sahaja melaporkan pelbagai berita di dalam dan luar
negara malahan turut menjadi suara kerajaan dalam menyampaikan amanat, dasar dan polisi
negara kepada rakyat amnya. Namun, dalam proses melaporkan berita semasa, khususnya
berita yang melibatkan politik dan kepimpinan negara, kecenderungan pelaporan setiap
akhbar terhadap isu yang dilaporkan dapat dilihat berdasarkan penggunaan elemen bahasa.
Jika penggunaan bahasa ini dikaji dan diselidiki berdasarkan pendekatan dan teori yang
tertentu, kecenderungan ini dapat dibuktikan dengan berpada. Oleh itu, kajian ini
diketengahkan bagi membuktikan bahawa elemen bahasa yang digunakan dalam tajuk berita
dapat dianalisis bagi memperlihatkan kecenderungan akhbar terhadap isu yang dilaporkan
tersebut. Untuk tujuan ini, kajian ini memanfaatkan Teori Relevans yang digagaskan oleh
Sperber & Wilson (1995), khususnya idea makna prosedur bagi menghuraikan cara mana
setiap input linguistik pada peringkat semantik dapat diinterpretasikan bagi menjelaskan
maksud sebenar yang mahu disampaikan oleh laporan akhbar tersebut.
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia
- Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia
- Shukri-Poh Leng & Associates, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 22 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|