View Article |
Gelandangan dalam kalangan belia dan kanak-kanak terbiar di Malaysia: Satu perbincangan
Mohd Alif Jasni1, Nazirah Hassan2, Fauziah Ibrahim3.
Isu gelandangan merupakan salah satu isu utama yang perlu dipandang serius di Malaysia.
Masalah gelandangan golongan kanak-kanak dan belia dilihat semakin meningkat dari
semasa ke semasa kerana faktor kemiskinan dan keruntuhan institusi kekeluargaan. Isu
gelandangan dalam kalangan kanak-kanak dan belia mampu memberi impak yang negatif
dalam pendidikan, ekonomi dan sosial. Makalah ini akan membincangkan faktor budaya
yang menyebabkan golongan kanak-kanak dan belia bergelandangan, kesan dan intervensi
kepada masalah gelandangan dalam golongan belia dan kanak-kanak. Faktor ibu bapa kurang
ilmu, kematian dan kehilangan ahli keluarga, serta latar belakang keluarga yang miskin
didapati menjadi faktor belia dan kanak-kanak bergelandangan. Gelandangan belia dan
kanak-kanak mudah terjebak dalam pergaulan bebas, keciciran dalam pendidikan, tahap
kesihatan yang terjejas dan penglibatan dalam jenayah. Langkah intervensi seperti penubuhan
pelan tindakan oleh pihak berwajib dan saranan penyelesaian oleh masyarakat, ibu bapa, serta
Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga dibincangkan. Perbincangan sebegini dapat memberi
maklumat kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam
menentukan tindakan dan menambahbaik kaedah yang digunakan dalam membantu golongan
gelandangan belia dan kanak-kanak. Oleh itu, kaedah tersebut dapat diaplikasikan untuk
menambah baik perkhidmatan agensi kerajaan dan bukan kerajaan semasa menyalurkan
keperluan asas serta sokongan sosial kepada golongan ini.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 44 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|