View Article |
Perancangan rapi dalam Silir Daksina dari perspektif pendekatan pengurusan
Mohamad Zuber Ismail1, Akhmal Hakim Mohamad2, Arina Johari3.
Kajian ini menekuni sebuah karya sastera menggunakan satu pendekatan yang
telah diketengahkan dalam dunia kritikan sastera tanah air, iaitu Pendekatan Pengurusan
oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013). Terdapat lima prinsip bawah Pendekatan
Pengurusan, iaitu Perancangan, Kepimpinan, Pengorganisasian, Penstafan dan Kawalan.
Kajian ini memfokuskan prinsip pertama, iaitu Prinsip Perancangan. Prinsip Perancangan
ini dianalisis berdasarkan Model Dimensi Perancangan yang diperkenalkan oleh Sara Beden
(2018), iaitu (i) menetapkan objektif, (ii) membentuk strategi (iii) kajian semula strategi (iv)
memilih strategi dan, (v) pencapaian objektif. Prinsip Perancangan ini diterapkan dalam
novel Silir Daksina (2015) hasil karya Nizar Parman yang telah diangkat dalam sukatan
pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bawah Komponen Sastera
(KOMSAS) bagi pelajar Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) untuk Zon Sarawak. Kaedah
kepustakaan dan kaedah analisis teks diaplikasikan bagi mencapai objektif utama kajian, iaitu
mengenal pasti dan menganalisis Prinsip Perancangan yang terdapat dalam teks tersebut. Hasil
dapatan kajian membuktikan bahawa Silir Daksina memperlihatkan kecenderungan yang tinggi
dalam pengaplikasian prinsip perancangan berdasarkan Model Dimensi Perancangan. Prinsip
Perancangan yang terdapat dalam novel ini amat signifikan, relevan dan bertepatan untuk
diaplikasikan dalam bahan sastera menggunakan Pendekatan Pengurusan. Kajian ini jelas
membuktikan bahawa karya sastera ini mampu membentuk dan menyemai satu sikap dan
jati diri khususnya dalam aspek pengurusan yang baik dalam kalangan jiwa generasi muda hari
ini. Impaknya, novel yang bertemakan kegigihan dan kecekalan anak muda ini yang
diterapkan menggunakan satu pendekatan baharu dalam dunia kritikan sastera di Malaysia
adalah sesuatu yang wajar dan relevan untuk diketengahkan dan seterusnya dapat
memberikan satu sumbangan yang kecil dalam dunia kritikan sastera tanah air dan Pendidikan
di Malaysia.
Affiliation:
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Malaysia
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Malaysia
- Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 17 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|