View Article |
Existential crisis in Anuar Nor Arai’s “Vacuum”
Mas Rynna Wati Ahmad1.
Zaman teater eksperimental pada tahun 1970-an telah membawa kepada perubahan yang
signifikan dalam sejarah perkembangan teater Melayu moden. Teater yang dihasilkan pada
era ini sering dikaitkan sebagai teater absurd kerana falsafah absurd yang sarat mendasari
pembikinan dan pementasannya. Oleh itu, teater pada era ini sering menimbulkan kontroversi
sepanjang era popularitinya. Kajian ini memfokuskan kepada dua watak utama yang sentiasa
berada dalam konflik yang berterusan iatu, Orang Tua yang berkeras tidak mahukan
perubahan dan mahu kekal relevan dalam masyarakat. Watak Orang Muda pula melihat
kewujudan yang relevan itu sebagai keberadaan dalam keadaan semasa dan menerima arus perubahan dengan kematangan akal. Konflik jurang antara dua generasi ini memperlihatkan
krisis eksistensi yang membuatkan karya ini bukanlah sebuah karya teater yang konvensional.
Kajian ini juga membincangkan berkaitan permasalahan konflik eksistensi yang dialami oleh
dua watak utama dan derita saraf yang mereka alami melalui lensa falsafah eksistentialisme.
Vakum, tulisan Anuar Nor Arai, telah diterbitkan pada tahun 1993 dan telah mengaplikasikan
elemen-elemen teater absurd dan mengangkat isu yang rumit dan jarang diperkatakan dalam
karya teater Melayu ketika itu. Walaupun karya Teater Absurd Melayu telah mengangkat isuisu kontroversi melalui falsafah absurd, eksperimen berani yang telah dilakukan oleh
dramatis pada zaman itu telah diterima baik oleh dramatis aliran kini. Eksperimen yang tidak
konvensional ini telah membuka ruang kepada dramatis generasi kini untuk lebih berani dan
kreatif berkarya tanpa kekangan dalam aliran semasa teater Melayu masa kini.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 20 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|