View Article |
Sebutan kosa kata bahasa Melayu murid lembam melalui analisis linguistic klinikal
Siti Noridayu Abd. Nasir1, Hazlina Abdul Halim2, Ahmad Shuib Yahaya3, Rohaidah Kamaruddin4.
Murid lembam lazimnya mengalami masalah dalam proses pembelajaran bahasa pertama.
Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di sekolah dan perlu dikuasai oleh semua murid
atau pelajar bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, penguasaan
kosa kata yang lemah dalam pertuturan bahasa pertama menyebabkan berlakunya masalah dalam
proses komunikasi seperti yang dialami oleh murid lembam. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk
mengkaji kosa kata dalam bahasa Melayu murid lembam menggunakan poster dan mengenal
pasti kesilapan bunyi kosa kata yang melalui sebutan subjek kajian dengan aspek linguistik
klinikal. Kajian ini turut membincangkan hubungan penghasilan sebutan kosa kata dengan Teori
Behaviorisme Skinner dalam pengukuhan positif dan negatif. Dapatan ini menunjukkan bahawa
masih terdapat penghasilan bunyi kosa kata dalam bahasa Melayu yang masih tidak jelas
walaupun subjek kajian sudah menjangkau usia 16 tahun. Setelah dirangsang dengan pujian,
subjek kajian lebih yakin dan bersemangat untuk menyebut sesuatu kosa kata dengan betul.
Subjek kajian juga bermasalah menyebut 11 daripada 60 buah kosa kata bahasa Melayu yang
diuji. Selain itu, sebutan kosa kata bahasa Melayu standard juga dipengaruhi oleh dialek negeri
yang digunakan oleh subjek kajian. Sokongan dan latihan yang berulang kali amat
dititikberatkan agar dapat mendorong murid lembam untuk menyebut kosa kata bahasa Melayu
dengan lebih baik. Kajian ini diharapkan dapat menjadi pendorong kepada kajian selanjutnya,
terutamanya dalam bidang linguistik klinikal berkaitan murid lembam di Malaysia.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
- Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 61 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|