View Article |
Terminografi busana Kadazan Penampang
Ezura As’ad Azam1, Nur Azimah Mohd Bukhari2, Nurul Haniza Samsudin3.
Terminologi yang dikenali juga sebagai peristilahan merujuk aspek perbendaharaan kata
teknikal, iaitu kumpulan istilah yang mempunyai kaitan dengan satu bidang khusus.
Terminografi merupakan kerja yang berkaitan dengan pengumpulan, penghuraian, pemprosesan dan penyampaian kosa kata milik penggunaan yang khusus dalam satu atau
beberapa bahasa. Makalah ini menghuraikan bidang terminologi sebagai subbidang linguistik
terapan yang berupaya melestarikan budaya sesebuah masyarakat, khususnya di Malaysia
yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Pemahaman terhadap sesuatu
budaya penting bagi memastikan keharmonian dan perpaduan kaum dapat dikekalkan.
Busana merupakan satu daripada unsur budaya yang memiliki nilai estetika dan berupaya
mencirikan identiti etnik. Di Sabah, Kadazandusun merupakan kelompok etnik terbesar yang
dapat dibahagikan kepada subetnik Kadazan dan Dusun. Objektif kajian ini adalah untuk
mengenal pasti istilah busana tradisi yang dipakai oleh subetnik Kadazan Penampang dan
membina takrif berdasarkan ciri istilah-istilah tersebut. Kajian ini menerapkan Teori Umum
Terminologi (TUT), iaitu pendekatan tradisional dalam pembentukan istilah yang bertitik
tolak daripada konsep. Metodologi pengumpulan data melibatkan kajian kepustakaan dan
temu bual bersama-sama informan. Data terkumpul kemudiannya disusun dalam rekod
terminografi. Hasil kajian menunjukkan bahawa terminografi berasaskan pemetaan konsep
dan rekod terminografi dapat membina terminologi busana Kadazan Penampang yang lebih
sistematik. Kajian ini juga dapat membantu pemahaman umum berkenaan bidang terminologi
di samping melestarikan unsur budaya, khususnya busana etnik Kadazan Penampang.
Affiliation:
- Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
- Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
- Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 62 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|