View Article |
Pemerkasaan diri melalui kemahiran keusahawanan ibu tunggal
Farah Adibah Ibrahim1, Mohd Sharial Bungsu2, Junaidah Yusof3.
Sebahagian besar ibu tunggaldi Malaysia tidak mempunyai pekerjaanyang stabil. Kemahiran keusahawananibu tunggaldi Malaysia didominasi oleh merekayang bekerja dari rumahsamaada secara kecil-kecilan atau sepenuh masa.Maka kajian ini meneroka faktor kemahirankeusahawananibu tunggal yang bekerja dari rumah serta impaknyadalammeningkatkan pemerkasaan dirimereka. Kajian ini menggunakanpendekatan kualitatif yang berfokus kepada kajian kes. Seramai 6 responden ibu tunggalyang terlibat dalam kajian ini yang berdaftar diYayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT). Proses pengumpulan data diperolehi melalui temubual indepth, pemerhatian dan anallisis dokumen, Analisiskajianini jugamenggunakan perisian Nvivo 12 dan dilaksanakan menggunakan analisistematik. Dapatan kajian mendapati, kemahiran keusahawanan seperi berniaga dan memasak merupakan kemahiran dominan yang diaplikasikan oleh ibu tunggal yangbekerja di rumah. Pemerkasaan diri ibu tunggal dapat dijana denganmelihat sejauhmana kemahiran keusahawananini mampu menjana pendapatanyang stabil bagi keluarga mereka. Hal ini berlaku disebabkan olehkemahiran berniaga dan memasak ini adalah antara kemahiran yangmudah diakses dan dicapai oleh responden kajian. Secara kesimpulannya,kemahiran bekerja dalam kalangan ibu tunggal dapat dilihat sebagai salahsatu bentuk adaptasi diri terhadap situasi dan sikap yang tidak berputus asawalaupun berdepan dengan pelbagai cabaran sebagai ibu tunggal.Implikasi kajian ini dapat dilihat dari aspek perlaksanaan program-program latihan dan bantuan dari agensi-agensi terlibat yang menjuruskepada minat dan peluang untuk menjana pendapatan dalam kalangan ibutunggal.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Johor Bahru, Johor,, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Johor Bahru, Johor,, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Johor Bahru, Johor,, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 21 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|