View Article |
Pengalaman pembelajaran informal dalam kalangan pekerja pejabat tanah di Kelantan
Nur Farahin binti Mohd Yusof1, Muhammed Fauzi Othman2, Mohd Azhar Abd Hamid3, Mohd. Koharuddin Balwi4, Mohd. Nasir Markom5.
Kajian ini dijalankan bertujuanmeneroka pengalaman pengalaman pembelajaran informal dalam kalangan pekerja di Pejabat Tanah dan Jajahan Kelantan. Pembelajaran informal antara kaedah penting peningkatan pengetahuan, kemahiran dan kompetesi di tempat kerja. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya. Teknik temu bual secara semi berstrukturdigunakan melalui teknik persampelan bertujuan. Lima pekerjadi organisasi berkaitantelah dipilih sebagai informankajian. Terdapat tiga objektif kajian iniiaitu mengenalpasti faktor yang mendorong pekerja melaksanakan pembelajaran informal; mengenalpastistrategi yang digunakan dalam pembelajaran informal dan meneroka kesan pembelajaran informal terhadap pekerja. Data yang diperolehi daripada temubual ditranskrip verbatim dan dianalisis menggunakan kaedah tematik. Dapatan kajian menunjukkan, pekerja terdorong untuk belajar kerana faktor motivasi; tuntutan kawasan persekitaran dan keperluan kerja. Strategi pembelajaran pula pelbagaisepertimenggunakan strategibahan bacaan; media elektronik; kaedah pemerhatian dan berdialogdenganorang yang lebihpakar. Selain itu, kesan pembelajaran informal dalam kalangan pekerja adalah berlakunyapeningkatan pengetahuan seperti ilmu undang-undang hartanah,kemahiran dalam menguruskan tugasan terutamadi lapangan dan meningkatkanprofesionalismesertamemperbaiki sikap mereka terhadap kerja.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia 81310 Johor Bahru, Johor, Malaysia., Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia 81310 Johor Bahru, Johor, Malaysia., Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia 81310 Johor Bahru, Johor, Malaysia., Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia 81310 Johor Bahru, Johor, Malaysia., Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia 81310 Johor Bahru, Johor, Malaysia., Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 23 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|