View Article |
Kajian mengenai perbezaan niat berhenti kerja dalam kalangan guru sekolah agama swasta
Rabeatul Husna Abdull Rahman1, Fadilah Zaini2, Salwa Abdul Patah3.
Terdapat banyak kajian lepas yang mengkaji tentang guru-guru di sekolah kerajaan, namun tidak banyak kajian yang melihat kepada aspek niat berhenti kerja dalam kalangan guru-guru di sekolah swasta. Oleh itu, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji mengenai tahap niat berhenti kerja guru-guru dan perbezaan niat berhenti kerja berdasarkan faktor demografi. Pemilihan respoden dibuat menggunakan kaedah persampelan rawakmudah dan soal selidik telah diedarkan secara elektronik ke semua lapan cawangan sekolah berkenaan iaitu Johor, Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Perisian SPSS telah digunakan untuk menganalisis data secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati responden kajian mempunyai niat untuk berhenti kerja yang sederhana. Selain itu, dapatan kajian turut menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap niat berhenti kerja di antara responden berlainan jantina, taraf perkahwinan, dan juga tahap pendidikan. Namun, terdapat perbezaan yang signifikan dari segi umur. Didapati bahawa responden yang berumur melebihi 40 tahunmempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk berhenti kerja berbanding responden yang lebih muda.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru, Johor, Malaysia , Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Malaysia, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 24 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|