View Article |
Apresiasi Seni Dalam Karya Seni Catan Sulaiman Esa Menerusi Teori Estetik Melayu
Wan Soliana Wan Md Zain1, Marzuki Ibrahim2, Salwa Ayob3, Noor Hafiza Ghazali4, Rushana Sulaiman @ Abd Rahim5, Mazni Omar6, Mohd Zamani Daud7, Wan Salwanis Wan Md Zain8.
Penyelidikan ini menerangkan tentang apreasasi seni dalam karya seni catan bertajuk Garden of Mystery IV (1992) oleh Sulaiman Esa. Keindahan karya dan motif dalam catan dianalisis menggunakan pendekatan teori estetika Melayu yang dikemukakan oleh Sulaiman Esa. Permasalahan yang timbul adalah bagaimana untuk mengesan dan mengenalpasti estetik Melayu dalam motif melalui bentuk, makna dan falsafah yang cenderung dengan pemilikan konsep berhalus (refinement), lembut (flexibility), seimbang (balance), kesatuan (unity), berguna (functionality) dan perlambangan (symbolism). Penyelidikan dijalankan secara kualitatif melalui analisis dokumen, di mana data dikumpulkan dan disaring daripada sumber seperti buku, tesis, jurnal, artikel, laman sesawang dan sebagainya dengan mencari rujukan yang relevan dengan permasalahan. Dapatan penyelidikan menunjukkan penggunaan motif tersebut mempunyai hubungkait antara falsafah keindahan budaya Melayu dengan kesenian Islam. Pemahaman tentang bentuk, maksud, falsafah, konsep dan tujuan aplikasi reka bentuk motif perlu diterapkan di dalam karya seni catan bagi membentuk imej dan identiti bercirikan Islamik. Sekali gus mencerahkan tentang prinsip estetik Melayu, memberi pemahaman tentang konsep kecantikan dari konteks ideologi Melayu dalam seni visual dan membimbing serta berusaha merangsang pelukis menghasilkan ekspresi baharu dalam karya catan seni moden.
Affiliation:
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, 32610 Seri Iskandar, Perak, MALAYSIA, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan, Bukit Ilmu, 18500 Machang, Kelantan, MALAYSIA, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kelantan, Bukit Ilmu, 18500 Machang, Kelantan, MALAYSIA, Malaysia
- Universiti Malaysia Pahang, Lebuhraya Tun Razak, 26300 Kuantan, Pahang, MALAYSIA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 27 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|