View Article |
Ketingting Think: Inovasi Kreatif Permainan Tradisional
Mahanim Omar1, Siti Mariam Saad2, Siti Nurleena Abu Mansor3.
Pada era masa kini, telefon pintar dan permainan video menjadi keutamaan di kalangan generasi muda sebagai hiburan terkini dan pengisian masa lapang mereka. Namun, terdapat satu elemen yang telah lama hilang dalam permainan moden tersebut iaitu interaksi fizikal dan komunikasi yang biasanya terdapat dalam permainan tradisi. Salah satu permainan tradisi yang masih dikenali sehingga kini adalah permainan Ketingting. Permainan ini bukan sahaja menyeronokkan malah memberi manfaat dari segi perkembangan mental dan fizikal pemain. Oleh itu, satu rekaan inovasi permainan tradisi iaitu permainan Ketingting Think dicetuskan menjadikan permainan ini lebih unik dan kreatif. Gabungan bentuk dan warna yang menarik, permainan Ketingting Think dapat menarik minat anak muda masa kini. Berdasarkan kajian rintis yang telah dijalankan, 60% responden bersepakat bahawa inovasi ini menarik. Tambahan pula, 73.3% berpendapat permainan ini memerlukan strategi dan kreativiti untuk bermain disebabkan cara bermainnya yang unik. Selain itu, 76.7% bersetuju bahawa jika dimain secara berkumpulan, permainan ini dapat memupuk semangat kerja berpasukan dan kemahiran berkomunikasi di mana setiap ahli pasukan perlu berkomunikasi sesama mereka dan bekerjasama untuk menjadi pemenang.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang, MALAYSIA, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang, MALAYSIA, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang, MALAYSIA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 50 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|