View Article |
Pilihanraya kecil pasca pilihanraya umum ke 12: Dari kacamata kartunis editorial
Fazlina Mohd Radzi1, Liza Marziana Mohammad Noh2, Haslinda Abd Razak3, Suraya Md Nasir4, Mohd Faizol Haini5.
Kartun editorial sering menjadi perakam peristiwa terutama sekali ketika musim pilihanraya. Maka dengan itu, fokus utama kajian ini adalah mengenai penerbitan kartun editorial yang diterbitkan menerusi akhbar-akhbar tempatan arus perdana yang bertemakan pilihanraya kecil pasca Pilihanraya Umum Malaysia ke-12. Disamping itu, pengkaji turut akan menyusuri permulaan dan perkembangan kartun di Malaysia secara ringkas dari awal zaman sebelum kemerdekaan, kemudian zaman kegemilangan kartun melayu pada tahun 80an dan 90an dan seterusnya khusus kepada kartun editorial bertemakan pilihanraya kecil. Pendekatan kajian dan penulisan adalah berdasarkan apresiasi bentuk dan makna karya dan konteks penghasilannya. Metodologi sejarah seni berasaskan analisis mengikut konteks dijadikan asas di dalam pengkajian ini. Merangkumi aspek deskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan digunakan sebagai panduan dalam penelitian karya. Kesimpulan hasil dari kajian ini mendapati karya-karya kartun akhbar arus perdana ini begitu kritikal dengan penyampaian jenaka bertemakan politik di Malaysia.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Cawangan Selangor, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 19 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|