View Article |
Penulisan dan kajian berkaitan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (1931-2015): Analisis bibliometrik sepanjang tiga dasawarsa
Khairulnazrin Nasir1, Irsyad Hasan2, Mohd Abalkhair Mat Ali3, Abdul Hakim Mahadzir4, Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi5.
Para ulama memainkan peranan signifikan dalam sesebuah komuniti sehingga mampu membentuk masyarakat yang berilmu, berintegriti dan bertamadun. Penyebaran Islam dan jalinan intelektual dari Timur Tengah mendatangkan impak positif sehingga muncul para ulama berwibawa di Nusantara. Antara tokoh ulama Nusantara pada zaman ini ialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA), tokoh ilmuwan yang berpengaruh dan berperanan besar dalam bidang ilmiah, dakwah, tarbiah, pentadbiran dan politik. Hal ini telah menarik minat para sarjana untuk menjalankan kajian tentang beliau. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti penulisan dan kajian berkaitan TGNA sepanjang tiga dekad ini. Metodologi yang digunakan adalah berdasarkan kaedah analisis bibliometrik ke atas penulisan dan kajian, sama ada dalam bentuk tesis, disertasi, buku, dan artikel ilmiah. Data-data ini diperoleh daripada pangkalan-pangkalan data artikel ilmiah dan perpustakaan, dan laman sesawang Institut Pemikiran Tok Guru (TPTG). Kaedah carian adalah berdasarkan kata kunci seperti ‘nik abdul aziz nik mat’, ‘tuan guru’, ‘Parti Islam Se-Malaysia (PAS),’ dan sebagainya. Hasil kajian mendapati bahawa penulisan dan kajian berkaitan tentang TGNA telah bermula sejak akhir tahun 1980-an dan berterusan sehingga kini. Sehingga kajian ini dijalankan, didapati sejumlah 131 buah penulisan dan kajian tentang TGNA yang dipersembahkan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, diterbitkan di dalam atau luar negara. Dapatan kajian ini dapat memberikan gambaran umum tentang trend penulisan dan kajian semasa tentang TGNA, dan haluan penyelidikan masa depan yang berkaitan dengannya.
Affiliation:
- Sultan Ismail Petra International Islamic University College (KIAS), Malaysia, Malaysia
- Islamic University of Madinah, Saudi Arabia, Saudi Arabia
- Islamic University of Madinah, Saudi Arabia, Saudi Arabia
- Sultan Abdul Halim Muāadzam Shah International Islamic University UniSHAMS, Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 33 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|