Membran alga hijau untuk jerapan asid salisilik
Cheng, Wai Chun1, Rizafizah Othaman2.
Penyelidikan ini dijalankan adalah untuk menghasilkan membran biopolimer daripada alga untuk merawat air yang mengandungi pencemar memuncul seperti asid salisilik dan mengkaji kesan rendaman kimia dan masa rawatan terhadap prestasi jerapan membran alga. Alga dirawat dengan menggunakan bahan kimia seperti natrium hidroksida, NaOH dan asid hidroklorik, HCl dengan perbezaan masa 1 jam, 2 jam, 4 jam, 8 jam, dan 24 jam. Kemudian alga hijau diacuankan menjadi membran. Ujian jerapan asid salisilik dijalankan dan kepekatan asid salisilik diuji dengan menggunakan spektrofotometer ultra lembayung-nampak. Teori isoterma penjerapan Langmuir digunakan untuk menjelaskan sifat keseimbangan jerapan alga. Pencirian membran alga hijau dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah seperti analisis spektroskopi infra-merah transformasi Fourier (FTIR), analisis mikroskopi imbasan elektron tekanan berubah-ubah (VPSEM), dan analisis termogravimetrik (TGA). Membran alga dirawat dengan asid selama 4 jam menunjukkan peratus jerapan asid salisilik yang paling tinggi. Analisis SEM menunjukkan alga dirawat asid mempunyai luas permukaan yang lebih besar. Analisis spektroskopi FTIR menunjukkan tiada perbezaan kumpulan berfungsi yang ketara antara alga dirawat dan tanpa rawatan. Analisis TGA pula menunjukkan alga dirawat bes mempunyai kestabilan haba yang paling rendah. Membran biopolimer daripada alga berjaya dihasilkan dan dapat menjerap asid salisilik.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 12 time(s))