View Article |
Keberkesanan modul kreatif fizik berasaskan projek robotik dalam meningkatkan tahap kreativiti saintifik pelajar
Mazlan Setapa1, Norazrena Abu Samah2, Fatin Aliah Phang Abdullah3, Abd Khamim Ismai4, Mohamad Bilal Ali5.
Kreativiti dan inovasi dalam proses PdPc menjadi tuntutan penting pada masa ini untuk melahirkan generasi pelajar yang berfikiran kelas pertama supaya mampu bersaing dalam abad ke-21 dan seterusnya era Revolusi 4.0. Walaupun begitu, beberapa kajian mendapati penerapan nilai kreativiti dalam diri murid masih rendah. Tambahan pula, kreativiti dalam bidang sains berbeza dengan kreativiti dalam bidang seni dan artistikkerana pembelajaran sains bukan hanya menguasai pengetahuan sains atau hanya mengikut prosedur yang ditetapkan malah murid perlu berfikir melampaui pengetahuan dan prosedur sedia ada dalam proses memahami sesuatu fenomena. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji keberkesanan Modul Kreatif Fizik Berasaskan Projek Robotik (MKFBPR) terhadap tahap kreativiti saintifik murid tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh(SBP). Modul ini telah dibangunkan berasaskanModel Kreativiti Terarah dan Pembelajaran Berasaskan Projeksebagai salah satu aktiviti Kelab Robotik sekolah.Kajian ini dijalankan berpandukan reka bentuk kuasi-eksperimen yang melibatkan 33 orang murid kumpulan rawatan dan 33 orang murid kumpulan kawalan selama lapan minggu. Sampel kajian ini terdiri daripada murid tingkatan 4 dari dua buah SBP.Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan MKFBPR dapatmeningkatkan tahap kreativiti saintifik murid lebih tinggi berbanding kaedah konvensional. Kajian ini turutmembuktikan bahawa aktiviti kelab robotik dapat membantu meningkatkan tahap kreativiti saintifik murid.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 31 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|