View Article |
Impak Perkahwinan Kanak-Kanak Terhadap Pemberdayaan Wanita dan Pendekatan Islam dalam Menanganinya
Muhammad Al-Ghazalli Abdol Malek1, Mohd Al Adib Samuri2.
Sesetengah agamawan menjustifikasi perkahwinan kanak-kanak kontemporari menurut hukum keharusan perkahwinan yang dibenarkan dalam agama Islam, berdasarkan perkahwinan antara Rasulullah SAW dan Aishah RA. Pada masa kini, perkahwinan kanak-kanak telah dianggap sebagai pelanggaran hak kanak-kanak dan menjadi agenda utama dalam tuntutan pembasmiannya di peringkat global. Konvensyen antarabangsa seperti Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) berusaha untuk membendung perkahwinan ini melalui penetapan had umur perkahwinan, manakala Convention on the Rights of the Child (CRC) pula menegaskan tentang kepentingan kanak-kanak sebagai keutamaan dalam segala hal berkaitan kepentingan mereka. Usaha ini selari dengan matlamat Sustainable Development Goals (SDG) 2030 bagi memperkasakan hak wanita. Namun, perkahwinan ini masih diamalkan sehingga menyebabkan komuniti antarabangsa menggesa pembaharuan undang-undang bagi membendung amalan perkahwinan kanak-kanak. Artikel ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kajian kepustakaan dengan menganalisis dokumen primer dan sekunder melalui bahan klasik dan penulisan akademik di dalam jurnal. Kajian mendapati pelbagai impak negatif yang memudaratkan kanak-kanak akibat perkahwinan kanak-kanak seperti eksploitasi seksual, pengabaian hak pendidikan, risiko kesihatan mental dan reproduktif serta keganasan rumah tangga. Kajian ini bertindak sebagai pencerahan kepada masyarakat untuk memahami kemudaratan terhadap kanak-kanak perempuan disebabkan perkahwinan kanak-kanak, sekali gus melancarkan advokasi bagi menjayakan agenda pembendungan perkahwinan kanak-kanak demi memperkasakan pemberdayaan wanita, melalui pendekatan Islam dalam menanganinya. Kesedaran ini membawa kepada kewajaran pemerintah dan pemegang taruh untuk bertindak selari dengan kerangka Siyasah al-Shar’iyyah bagi menjamin kemaslahatan kanak-kanak perempuan.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi,Selangor, Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi,Selangor, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 21 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|