View Article |
Integrasi Ilmu Turath dan Saintifik dalam Penyelidikan Sebagai Prakarsa Dakwah Kontemporari
Muhammad Remy Othman1, Mohd Farhan Md Ariffin2, Sayidah Asma Basir3, Khadher Ahmad4, Zulkifli Mohd Yusoff5, Khalijah Awang6.
Ilmu wahyu sebagai rujukan utama dalam penerokaan ilmu telah menghasilkan kaedah dan pemikiran saintifik berteraskan tauhid. Sarjana Barat pula menolak peranan wahyu dalam pengkajian saintifik dan bidang keilmuan. Antara sarjana Islam yang mengintegrasikan ilmu wahyu yang telah mencetuskan kaedah saintifik iaitu Jabir Ibn Hayyan, al-Khawarizmi, al-Kindi, al-Razi, Ibn Haytham, dan ramai lagi. Hal ini turut dilihat daripada penulisan oleh Ibn Qayyim dalam kitab al-Tibb al-Nabawi yang mengintegrasikan ilmu wahyu dan saintifik dalam penulisannya, ilmu perubatan oleh Ibn al-Nafis dan banyak lagi. Usaha untuk mengembalikan ilmu sains ke tangan sarjana Islam kian mendapat tempat terutamanya di Malaysia. Objektif makalah ini adalah untuk menghuraikan integrasi ilmu turath dan saintifik serta menjelaskan penyelidikan saintifik terkini yang berperanan sebagai medium dakwah. Dalam erti kata yang lain, ilmu saintifik dijadikan manhaj rabbani dalam proses pendakwahan. Kaedah kualitatif diaplikasikan untuk mengumpul maklumat melalui analisis terhadap buku, jurnal ilmiah dan penerbitan akademik. Hasil dapatan menunjukkan pendekatan saintifik yang diterapkan dengan mengintegrasikan ilmu turath dapat berperanan dalam medium dakwah kontemporari.
Affiliation:
- Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 50603, Kuala Lumpur, Malaysia, Malaysia
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
- Faculty of Law, Universiti Teknologi MARA , Malaysia
- Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 50603, Kuala Lumpur, Malaysia, Malaysia
- Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 50603, Kuala Lumpur, Malaysia, Malaysia
- Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur,, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 17 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|