View Article |
Spiritual Individu Menurut Psikospiritual Nabawi Untuk Pemulihan Golongan LGBT
Suriani Sudi1, Noor Hafizah Mohd. Haridi2, Khairul Hamimah Mohammad Jodi3, Ahmad Munawar Ismail4, Nasrudin Subhi5, Siti Solehah Mat Aleh6.
Isu transgender yang semakin melonjak merupakan antara yang dihadapi masyarakat dunia umumnya dan masyarakat Malaysia khususnya pada hari ini. Secara jelas perlakuan transgender adalah dilarang di dalam Islam kerana ia melibatkan soal penampilan dan orientasi seksualiti. Namun gejala perlakuan dan tabiat yang bertentangan dengan sistem kehidupan normal seseorang manusia telah menjadi suatu perkara yang biasa dan telah menjadi cara hidup yang diterima oleh masyarakat luar dan kini sedang meresap masuk ke ruang atmosfera kehidupan masyarakat Islam di Malaysia. Gejala ini wajib dibendung bagi menjamin kelestarian kehidupan sosial masyarakat di Malaysia. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk membawakan pendekatan psikospiritual nabawi untuk diterapkan dalam proses pemulihan golongan transgender kembali kepada fitrah. Kaedah kajian adalah secara kualitatif dengan meneliti hadis-hadis Rasul SAW yang menekankan aspek spiritual individu. Pengkaji mendapati elemen sabar, raja’, khawf dan penghayatan agama adalah merupakan antara elemen penting yang perlu diterapkan sebagai usaha pemulihan untuk golongan LGBT ini kembali kepada fitrah.
Affiliation:
- International Islamic University College of Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia, Malaysia
- International Islamic University College of Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia, Malaysia
- Open Universiti Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 UKM, Bangi Selangor, Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 UKM, Bangi Selangor, Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 UKM, Bangi Selangor, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 28 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|