View Article |
Pengukuhan Psikospiritual: Kajian Terhadap Kepentingan Ibadah Doa
Farah Mohd Ferdaus1, Hamdi Ishak2, Mohd Manawi Mohd Akib3.
Setiap manusia mempunyai gabungan elemen rohani dan jasmani dalam diri. Fizikal yang cergas adalah bersumberkan daripada rohani yang sihat. Kedua-dua elemen ini saling melengkapi di antara satu sama lain bagi mendapatkan kelangsungan dan kebahagiaan hidup yang sejahtera. Kekuatan elemen kerohanian dalam diri manusia adalah sinonim dengan pengukuhan jiwa atau spiritual yang sihat. Elemen jiwa atau rohani berperanan utama sebagai punca segala keinginan dan desakan yang mendorong kepada tindakan dan perilaku fizikal manusia. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan konsep dan kepentingan doa dalam mengukuhkan psikospiritual seseorang Muslim bagi mendapatkan pembentukan keperibadian yang baik. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan melalui penelitian terhadap literasi kepustakaan. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa doa merupakan salah satu elemen dalam kaedah psikoterapi Islam yang bertepatan dengan kaedah psikoterapi iman, psikoterapi ibadah dan psikoterapi tasawuf. Ibadah doa juga dapat meningkatkan tahap kesedaran seseorang muslim sebagai hamba dan menyedari kekuasaan Allah SWT sebagai Pencipta. Selain itu, ia dapat berkomunikasi secara langsung dengan Allah SWT ketika berdoa, sehingga mencapai rasa reda dalam jiwa akan setiap ketentuanNya.
Affiliation:
- Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 26 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|