View Article |
Kawalan Kesejahteraan Psikologi Berasaskan Konsep Psikospiritual dalam Al-Quran: Suatu Analisis
Rahim Kamarul Zaman1, Khairulnazrin Nasir2, Mujiburrahman Muhammad Saleh3, Nur Shahidah Ab Hamid4.
Nilai kesejahteraan psikologi merupakan wacana penting pasca pandemik covid-19. Kualiti dan kelestarian kesejahteraan psikologi merupakan sesuatu yang bersifat subjektif dan berbeza antara setiap individu. Impak pandemik ini menyaksikan indeks kesejahteraan psikologi rakyat Malaysia berada pada tahap sederhana dengan skor keseluruhan 7.2. Sehubungan dengan itu, inisiatif bagi mengawal kelestarian kesejahteraan psikologi giat diusahakan pelbagai pihak. Kualiti emosi, kepuasan hidup, kefungsian psikologi dan keupayaan berinteraksi dengan persekitaran merupakan sebahagian indikator utama tahap kesejahteraan psikologi. Justeru, tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi menganalisis konsep psikospiritual dalam al-Quran sebagai mekanisme kawalan kesejahteraan psikologi. Kajian berbentuk aplikasi teori ini, digarap berasaskan metode kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan secara tematik. Hasil kajian mendapati konsep psikospiritual dalam al-Quran adalah bersifat holistik. Konsep iṭmi’nān al-qulūb dan al-Sakīnah merupakan sebahagian teras yang mendasari pendekatan psikospiritual berasaskan al-Quran. Kombinasi kefahaman mengenainya didapati mampu mengawal dan menstabilkan fikiran atau emosi. Kesimpulannya, konsep psikospiritual dalam al-Quran adalah signifikan dan wajar dimartabatkan sebagai sebahagian mekanisme komplementari kawalan kesejahteraan psikologi.
Affiliation:
- Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra , Malaysia
- Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Indonesia
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra , Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 24 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|