View Article |
Keperawanan Maryam a.s dari perspektif Bible dan pandangan al-Quran terhadapnya.
Hamidah binti Abu Hassan @ Abd Rahman1, Md Yunus Abd Aziz2.
Jesus Christ atau Isa a.s dilahirkan oleh seorang perawan suci iaitu Mary atau Maryam a.s. Kedua -dua agama Kristian dan Islam mengiktiraf hakikat tersebut. Namun begitu konsep keperawanan Maryam a.s telah mencetuskan pandangan yang berbeza dari perspektif kedua-dua agama. Justeru penulisan ini adalah untuk membentangkan konsep kelahiran perawan dan kedaraan selama-lamanya Maryam menurut pandangan Kristian dan Islam serta melakukan analisis terhadap asas-asas perbezaan antara kedua agama berpandukan dalil dan hujjah daripada kitab suci masing-masing. Kajian ini adalah berbentuk analisis kandungan yang menggunakan metod kajian perpustakaan. Hasil kajian mendapati bahawa keperawanan Maryam ketika mengandung dan melahirkan Jesus telah mengukuhkan doktrin ketuhanan Jesus Christ pada pandangan penganut Kristian sedangkan Islam melihat ia sebagai tanda kekuasaan dan kebesaran Allah S.W.t ke atas makhluk-Nya.
Affiliation:
- Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800, Bandar Baru Nilai, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia., Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 24 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|