View Article |
Huraian Tema Ayat-Ayat Berkaitan Doa di dalam Al-Quran
Husna Husain1.
Al-Quran memaparkan ayat-ayat berkaitan doa dalam pelbagai surah sama ada surah Makkiyyah atau Madaniyyah. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sub-sub tema yang boleh dijelaskan melalui ayat-ayat berkaitan doa di dalam al-Quran ini, di samping menganalisis ayat-ayat tersebut secara ringkas. Kajian ini adalah berasaskan metod kajian kualitatif secara analisis dokumen iaitu sumber-sumber dari kitab turath dan kontemporari serta kajian-kajian ilmiah terkini sebagai sumber penting untuk kajian ini. Pendekatan tafsir tematik menurut Mustafa Muslim juga turut diaplikasikan dalam menganalisis ayat-ayat yang berkaitan dengan doa. Hasil kajian mendapati terdapat kepelbagaian sub tema yang dinyatakan di dalam al-Quran daripada ayat-ayat berkaitan doa ini, antaranya galakan dan kelebihan berdoa, larangan berdoa kepada selain dari Allah SWT, kebatilan berdoa kepada selain Allah SWT, tabiat manusia dalam berdoa, adab dan panduan berdoa dan ayat-ayat berkaitan doa. Ini menunjukkan bahawa kehidupan umat Islam tidak terpisah dari berkehendak kepada memohon dan berdoa kepada Allah SWT kerana kedudukan dan kelebihan yang ada dalam ibadah doa itu sendiri.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 24 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|