View Article |
Pembangunan Kerohanian Usahawan Melayu di Malaysia : Tinjauan dari Perspektif Guru-Guru Murshid
Ahmad Fakhrurrazi Bin Mohammed Zabidi1, Abu Yazid Bin Abdul Kadir2, Salmy Edawati Binti Yaacob3.
Kerohanian merupakan aspek paling penting dalam diri seseorang usahawan Melayu. Sistem kerohanian seorang usahawan yang terdiri daripada hati, nafsu, akal dan roh perlu di bangunkan melalui kaedah bimbingan seorang guru murshid. Kegagalan usahawan Melayu untuk membangunkan sistem kerohanian adalah disebabkan oleh faktor kekurangan amalan kerohanian seperti suluk, suhbah, adab, zikir, puasa, solat, zakat dan muraqabah. Kajian ini akan meneliti faktor tersebut secara mendalam khususnya terhadap usahawan bertarekat dengan usahawan tidak bertarekat. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan-amalan kerohanian dari sudut pandang guru-guru murshid yang membawa kejayaan dalam bidang keusahawanan di Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis kandungan dan kaedah temubual mendalam. Hasil kajian mendapati amalan kerohanian mempengaruhi sifat peribadi usahawan, membina keyakinan diri, membina sistem pertahanan diri, dan membentuk akhlak mulia. Di samping itu, amalan kerohanian turut membantu kepada aspek pengurusan diri dan perniagaan yang lebih bermanfaat sehingga membawa kepada kejayaan di dunia dan di akhirat kelak.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 43600, Bangi, Selangor, Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 43600, Bangi, Selangor, Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 43600, Bangi, Selangor, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 24 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|