View Article |
Metodologi Penyusunan Kitab Hujjah Allah al-Balighah Karya Shah Wali Allah al-Dihlawi (1703-1762M)
AHMAD MURSHIDI MUSTAPHA1, Noraini Junoh2, Abdul Manam Mohamad3.
Legasi penyambung risalah keilmuan para ulama terdahulu adalah melalui karya yang dihasilkan oleh mereka. Karya-karya ini memiliki nilai yang tersendiri melalui pengolahan ilmu oleh para pengarang. Penerimaan terhadap karya tinggalan para ulama boleh dilihat melalui pengajian dan juga pengkajian daripada para pengkaji. Kitab Hujjah Allah al-Balighah karya Shah Wali Allah al-Dihlawi antara daripada kitab yang menjadi tumpuan para pengkaji untuk meneroka keilmuan beliau yang disampaikan melalui kitab tersebut. Kitab yang berusia lebih daripada dua ratus tahun ini merupakan khazanah ilmu Islam yang berharga dan masih signifikan untuk dikaji daripada pelbagai aspek. Justeru, kajian yang dijalankan terhadap kitab ini adalah untuk memperkenalkan al-Dihlawi sebagai ilmuan Islam yang terbilang dalam pelbagai disiplin ilmu serta menjelaskan metodologi yang digunakan dalam menyusun penulisan kitab beliau. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah kepustakaan dengan meneliti kepada kitab kajian dan sumber-sumber penulisan yang berkaitan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa al-Dihlawi menerusi kitab Hujjah Allah al-Balighah, bukan sahaja menjelaskan perbincangan hikmah-hikmah zahir setiap ibadat, akan tetapi menumpukan juga kepada rahsia-rahsia batin di sebaliknya. Beliau memperkenalkan asrar al-shariah iaitu rahsia-rahsia syariat dalam memahami sesuatu maksud pensyariatan yang ditaklifkan. Aspek ini dibahaskan oleh para ulama dalam skop maqasid al-shariah. Kitab ini sesuai untuk diketengahkan dalam masyarakat memandangkan perbahasannya yang menyeluruh dan masih releven. Sumbangan yang ditinggalkan oleh al-Dihlawi ini menjadi salah satu penerus kepada ilmu-ilmu Islam untuk generasi selepas beliau.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan , Malaysia
- Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan , Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin 21300, Terengganu, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 24 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|