View Article |
Pemahaman dan Penerimaan Golongan Sarjana Islam Mengenai Konsep Pluralisme Agama: Satu Sorotan Literatur
Earnie Elmie Hilmi1, Mohd. Sohaimi Esa2, Habibah Artini Ramlie3, Syamsul Azizul Marinsah4, Saifulazry Mokhtar5.
Pluralisme agama merupakan satu aliran yang muncul dalam pemikiran masyarakat Malaysia. Penerimaan terhadap aliran ini berbeza mengikut pemahaman masing-masing terhadap definisi pluralisme agama. Perbezaan pemahaman ini juga tidak mengecualikan golongan elit di Kota Kinabalu. Kajian ini menggunakan analisis kontekstual untuk meninjau pemahaman masyarakat terutamanya golongan elit terhadap pluralisme agama melalui kajian literatur yang telah dilakukan. Hasil daripada kajian literatur menunjukkan masyarakat termasuklah golongan elit terbahagi kepada tiga kelompok iaitu menyokong, golongan pertengahan dan menolak. Golongan yang menerima pluralisme agama, mereka menerima dalam erti kepelbagaian agama, toleransi agama, dialog antara agama dan kebebasan beragama. Golongan pertengahan menerima pluralisme agama secara bersyarat iaitu menerima maksud erti kepelbagaian agama tetapi menolak fahaman menyamaratakan semua agama dan golongan yang terakhir ialah mereka yang menolak fahaman pluralisme agama dalam maksud menyamaratkan semua agama.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA., Malaysia

Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 22 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|