View Article |
Pengamalan Meminum Air Kencing Unta: Tinjauan Berdasarkan Sinergi Antara Al-Taʿlil Bi Al-Ḥikmah dan Sains
Md Azzaat Ahsanie1, Mohd Zaid bin Mustafar2, Khairul Azhar Meerangani3.
Pelbagai reaksi muncul sama ada daripada orang awam mahupun ilmuwan Islam sendiri dalam menanggapi konsep pengamalan Tibb NabawÄ« khususnya beberapa isu kontroversi seperti sayap lalat dan air kencing unta. Justeru, kajian ini dilakukan bagi meneroka kaedah berinteraksi dengan Tibb NabawÄ« khususnya terhadap isu meminum air kencing unta berdasarkan konsep al-Ta’lil bi al-Hikmah yang diintegrasikan dengan data-data sains. Kajian ini berbentuk kualitatif dan menggunakan metode analisis kandungan secara induktif dan komparatif terhadap hadis-hadis berkaitan air kencing unta, kitab-kitab fiqh dan kajian-kajian sains terkini khususnya terhadap manfaat perubatan yang wujud pada air kencing unta. Kajian ini merumuskan bahawa berdasarkan konsep al-Ta’lil bi al-Hikmah pengamalan meminum air kencing unta seharusnya disandarkan kepada objektif utama ia disarankan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu merawat penyakit tertentu dan hal ini bergantung kepada penyelidikan sains semasa. Kajian ini juga mendapati unsur atau elemen penyembuhan dan rawatan dalam air kencing unta terbukti secara saintifik. Walaupun kajian saintifik terhadap air kencing unta masih berada pada peringkat awal dan banyak lagi penyelidikan lanjutan yang perlu dilakukan, namun saintis memperakui ia berpotensi untuk digunakan sebagai satu kaedah rawatan alternatif khususnya terhadap kanser.
Affiliation:
- Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka., Malaysia
- Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka., Malaysia
- Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka., Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 24 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
2 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|