Impak pentaksiran pendidikan pintar dan berbakat integrasi naqli dan aqli (IGEd)
Nurhidaya Mohamad Jan1, Hatika Kaco2, Fadzidah Mohd Idris3, Siti Munirah Mohd4.
Di era Pendidikan 4.0, pelbagai konsep pembelajaran dan pentaksiran diperkenalkan seiring dengan kemajuan teknologi di zaman ini. Di sekolah, guru-guru tidak lagi terlalu fokus kepada pentaksiran sumatif sahaja, malah sekarang turut dilaksanakan konsep pentaksiran berterusan bilik darjah. Pentaksiran Bilik Darjah boleh dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu secara formatif dan sumatif di mana ianya boleh dijadikan sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran. Di Kolej GENIUS Insan (KGI), pentaksiran bersepadu menggunakan konsep pentaksiran pendidikan pintar dan berbakat integrasi naqli dan aqli (IGEd) telah dilaksanakan bermula pada tahun 2020 ketika pandemik COVID-19. Konsep pentaksiran ini menggabungjalinkan elemen STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) dengan elemen bahasa, sastera dan agama. Kajian ini telah dibahagikan kepada dua fasa iaitu pembangunan pentaksiran IGEd di KGI pada fasa pertama dan diikuti dengan fasa kedua, iaitu pengumpulan maklum balas pensyarah terhadap pelaksanaan pentaksiran IGEd. Pada fasa kedua, kajian soal selidik telah dijalankan ke atas 20 orang pensyarah di KGI terhadap pelaksanaan pentaksiran bagi memperoleh maklum balas pensyarah melalui kaedah pensampelan bertujuan dan persampelan mudah. Selain itu, kajian ini juga membincangkan tentang impak pentaksiran pendidikan pintardan berbakat integrasi naqli dan aqli kepada murid, pendidik, keluarga, masyarakat dan negara.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 21 time(s))