Amalan pengajaran guru pendidikan Islam berasaskan konsep 5mim di sekolah- sekolah menengah agama di Indonesia
Ab. Halim Bin Tamuri1.
Objektif utama kajian ini ialah untuk mengkaji pandangan para pelajar terhadap amalan pengajaran guru Pendidikan Islam di sekolah menengah agama di Indonesia. Kajian ini adalah berasaskan kepada lima komponen amalan pengajaran guru Pendidikan Islam iaitu Mudarris, Muaddib, Murabbi, Mursyid dan Mu`allim (5MIM). Kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan instrumen borang soal selidik pelajar yang telah dijalankan di daerah Ponorogo, Bandung, Jakarta dan Medan, Indonesia. Seramai 631 pelajar telah dipilih secara rawak dari sembilan buah sekolah menengah agama. Berdasarkan penilaian pelajar-pelajar terhadap guru pendidikan Islam mereka, komponen muaddib merupakan yang paling dominan (4.00), diikuti oleh komponen mursyid (3.95), murabbi (3.91) dan mu`allim (3.90). Komponen yang paling rendah ialah komponen mudarris yang mempunyai min 3.81. Umumnya, kesemua min adalah pada tahap yang agak tinggi dengan min keseluruhannya iaitu 3.93.
Affiliation:
- Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 28 time(s))