Isu kekeluargaan dan sosiobudaya masa kini: Punca dan penyelesaiannya bagi input pelan pembangunan dakwah di Malaysia
Sharifah Hayaati Syed Ismail1, Salasiah Hanin Hamjah2, Khadijah Binti Mohd Khambali @ Hambali3, A`dawiyah Ismail4, Mohamad Zarifi Bin Mohamad Daud5, Amie Sofie Binti Ahmad6.
Perubahan dan perkembangan sosiobudaya (SB) dan kehidupan kekeluargaan (KK) di Malaysia merupakan aspek penting khasnya dalam arus kemajuan yang semakin pesat. Masalah sosial dan kekeluargaan pula masih membimbangkan dan terus meningkat termasuklah penagihan dadah, isu moral, ketidakharmonian dalam hubungan keluarga, ketagihan internet, perceraian, seks bawah umur, penderaan dan pengabaian hak. Artikel ini bertujuan mengenal pasti isu SB dan KK tersebut khasnya berdasarkan pengetahuan pakar dan pengamatan pihak yang terlibat dan berkecimpung secara langsung dengan komuniti seperti pasukan keselamatan, ahli agama, penyelidik, motivator, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan. Artikel ini juga menganalisis punca kepada isu tersebut serta mengenal pasti cadangan penyelesaiannya untuk disarankan kepada agensi Islam sebagai input khasnya dalam merancang pelan atau usaha dakwah yang lebih strategik pada masa akan datang. Kajian ini dijalankan secara kualitatif menggunakan metode temu bual pakar sebagai kelompok sasaran (focus group, FG) dan analisis dokumen. Antara dapatan kajian ini menunjukkan empat isu utama yang berlaku pada masa kini bahkan menjadi kebimbangan umum adalah gejala sosial, penyalahgunaan gajet dan ketagihan siber, tekanan mengurus keluarga dan kerjaya, warga emas dan anak OKU serta keluarga jarak jauh atau keluarga komuter (commuter family). Beberapa punca dan cadangan telah dikemukakan oleh kumpulan pakar tersebut termasuklah pengukuhan akidah, akhlak dan syariah serta ilmu pendidikan keibubapaan secara berterusan.
Affiliation:
- Academy of Islamic Studies, University Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia, Malaysia
- National University of Malaysia (UKM), 43600 Bangi, Selangor, Malaysia, Malaysia
- (University Malaya), 50603 Kuala Lumpur, Malaysia, Malaysia
- National University of Malaysia (UKM), 43600 Bangi, Selangor, Malaysia, Malaysia
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Malaysia
- Al Azhar University, Cairo, Egypt, Egypt
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 14 time(s))