View Article |
Membentuk politik lestari menuju wawasan kemakmuran bersama 2030
Wan Kamal Mujani1, Ahmad Munawar Ismail2, Mohd Nasran Mohamad3, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim4, Haziyah Hussin5, Azmul Fahimi Kamaruzaman6, Farid Mat Zin7, Muhammad Razak Idris8, Nurfida’iy Salahuddin9.
Gagasan Rahmatan lil ‘Alamin meliputi nilai yang menggambarkan sifat positif untuk diamalkan oleh manusia apabila berinteraksi dengan Allah SWT, insan lain, persekitaran dan segala kejadian termasuklah diri sendiri. Ajaran yang dibawa oleh agama Islam membawa rahmat kepada semesta alam kerana nilai yang dianjurkan adalah nilai sejagat yang harmoni dengan semua umat manusia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis konsep serta ciri-ciri politik lestari yang boleh menyumbang kepada kecemerlangan tamadun dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Kajian ini juga adalah untuk menganalisis hubungan antara teras tamadun cemerlang kelestarian berpolitik dan prinsip-prinsip dalam gagasan Rahmatan lil ‘Alamin dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif termasuk analisis kandungan, temu bual separa berstruktur dalam format perbincangan meja bulat bagi mengumpul dan memperoleh data kajian. Hasil dapatan mendapati hubungan antara teras tamadun cemerlang, kelestarian berpolitik dan prinsip-prinsip dalam gagasan Rahmatan lil ‘Alamin dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 menunjukkan idea politik yang sama (re-branding label) dengan apa yang pernah dikemukakan oleh pemimpin-pemimpin sebelum ini seperti penerapan nilai-nilai Islam, Islam Hadhari dan Wasatiyyah namun bukanlah menjadi satu kesalahan pemimpin semasa memberi penjenamaan baru/ semula atas tujuan peringatan kepada rakyat Malaysia tentang praktis ini.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia

Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 25 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|