Usaha dan strategi dakwah Badi‘Al-Zaman Sa‘Id Al-Nursiy dalam pembangunan insan
Norullisza Khosim1, Shereeza Mohamed Saniff2, Azrin Ibrahim3.
Berhadapan dengan pelbagai kesengsaraan dan mehnah kehidupan, Badi‘ al- Zaman Sa‘id al-Nursiy bangkit menjadi seorang tokoh yang amat disegani dalam lapangan islah dan dakwah. Usaha dakwah beliau dapat dilihat sepanjang hayatnya demi menyelamatkan akidah umat Islam yang pada ketika itu diuji oleh penindasan musuh Islam. Persoalannya, apakah usaha dakwah yang dilakukan al-Nursiy? Apakah strategi yang digunakan bagi menjayakan dakwah tersebut? Menerusi dua persoalan ini, dua objektif utama dibentuk. Pertama, mengenal pasti usaha dakwah yang dilakukan oleh al-Nursiy dalam membantu membangun insan cemerlang. Kedua, menganalisis strategi dakwah yang digunakan berdasarkan usaha yang dilaksanakan. Bagi mencapai objektif yang ditetapkan, pendekatan kualitatif dengan penggunaan kaedah kajian dokumen dilakukan bagi pengumpulan data. Hasil penelitian mendapati bahawa terdapat pelbagai usaha yang dilakukan oleh al-Nursiy bermula dengan diri sendiri, sehingga kepada kelompok yang lebih luas dengan penggunaan strategi bawah- ke-atas (bottom-up) bagi mencapai matlamat dalam pembangunan insan, selain menjadi rujukan dan diguna pakai oleh para pendakwah dalam lapangan yang sama.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800, Bandar Baru Nilai, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia., Malaysia
- Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia , Malaysia
- Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Penang, Malaysia , Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 22 time(s))