Kesihatan Mental Golongan Remaja Menurut Maqasid Syariah
Rohayu Yusoff1, Badriah Nordin2, Fauziah Tengah3.
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 mendapati seramai 424,000 kanak kanak menghadapi masalah kesihatan mental dan keadaan ini menyebabkan pelbagai salah laku seperti cubaan membunuh diri, buli dan membunuh berlaku. Namun begitu, kesedaran masyarakat terutamanya remaja terhadap kesihatan masih terlalu rendah. Malah, ibu bapa juga yang kurang peka dengan perubahan dan kelainan sikap yang berlaku terhadap anak-anak remaja telah memburukkan lagi keadaan ini. Memandangkan remaja adalah perintis kemajuan negara maka keadaan ini perlu dibendung bagi melahirkan generasi yang sejahtera mental, fizikal dan rohani. Metodologi kualitatif digunakan melalui reka bentuk analisis kandungan, manakala pengumpulan data dilakukan melalui analisis kandungan daripada jurnal, akhbar, buku dan laporan bertulis. Kertas kerja ini akan menyoroti jenis-jenis penyakit mental yang sering dialami oleh remaja, serta gejala yang berkaitan dengannya. Seterusnya, melihat aspek kesihatan mental dari sudut hifz al-aql dalam maqasid al-syariah termasuk kedudukan masalah mental dalam syariat Islam. Kajian ini mendapati masalah kesihatan mental boleh dikategorikan sebagai ‘awarid samawiyyah kepada ahliyyah (kelayakan) mukallaf.
Affiliation:
- 55100 Kuala Lumpur, Malaysia, Malaysia
- 55100 Kuala Lumpur, Malaysia, Malaysia
- 55100 Kuala Lumpur, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 29 time(s))