Pendidikan alternatif sebagai wadah Pendidikan Islam dalam kalangan kanak-kanak Rohingya di Malaysia
Aida Zahirah Samsudin1, Napisah Karimah Ismail2.
Kebanjiran pelarian Rohingya di Malaysia meningkat dari tahun ke tahun; dianggarkan sudah lebih dua dekad mereka tinggal di negara ini bermula tahun 1980-an. Antara faktor yang menarik mereka mencari perlindungan di Malaysia adalah kestabilan politik dan keamanan, sentimen agama serta pertumbuhan ekonomi yang baik. Namun, tanpa dokumen yang sah, mereka tidak mempunyai jaminan untuk menikmati hak yang sewajarnya di Malaysia, termasuklah akses pendidikan formal di Malaysia. Sungguhpun tidak boleh mengikuti pendidikan secara formal, mereka masih boleh mendapatkan pendidikan alternatif yang disediakan oleh pihak-pihak tertentu. Kajian ini bertujuan mengkaji latar belakang pendidikan alternatif di Malaysia yang khusus untuk golongan pelarian Rohingya, di samping mengenal pasti peranan serta permasalahan pendidikan alternatif tersebut sebagai wadah untuk mempelajari ilmu-ilmu Islam bagi membentuk jati diri Muslim mereka. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis sejarah dan analisis kandungan daripada kajian-kajian lepas. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan Islam menjadi asas utama dalam penubuhan sebuah pusat pendidikan alternatif di Malaysia. Kebanyakan pusat pendidikan alternatif yang diuruskan oleh badan bukan kerajaan (NGO) tempatan menggabungkan elemen pendidikan Islam seperti fikah, akhlak, sirah, al-Quran dan tajwid, dengan pendidikan akademik dan kemahiran.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 43600 Bangi, Selangor, Malaysia., Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 43600 Bangi, Selangor, Malaysia., Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 21 time(s))