Wanita bekerjaya dan pengurusan keluarga yang efektif
Bushrah Basiron1.
Umumnya, ramai wanita di Malaysia menceburkan diri dalam dunia pekerjaan kerana pelbagai tuntutan kehidupan. Desakan hidup seperti kematian suami, perceraian, menanggung ibu bapa dan berpendidikan tinggi merupakan antara faktor penyumbang kepada penglibatan wanita dalam dunia pekerjaan. Namun, wanita yang berkerjaya menghadapi cabaran tersendiri sebagai wanita yang bekerjaya dan berkeluarga. Kertas kerja ini akan membincangkan konsep wanita bekerja menurut perspektif Islam, faktor yang mendorong wanita bekerja, syarat wanita keluar bekerja, ciri-ciri pekerjaan wanita Islam, cabaran yang dihadapi oleh wanita bekerjaya dan sistem sokongan yang diperlukan untuk wanita bekerjaya. Kemahiran pengurusan keluarga yang efektif adalah penting bagi wanita bekerjaya. Hal ini demikian kerana, untuk memastikan pengurusan rumah tangga sentiasa teratur dan wanita dapat memberi tumpuan kepada pekerjaan tanpa mengalami tekanan sama ada di tempat kerja atau pun di rumah. Dapatan kertas kerja ini diperolehi daripada dokumen yang dianalisis secara deskriptif. Kertas kerja ini diharapkan dapat menghuraikan permasalahan, cabaran, inisiatif dan penyelesaian yang boleh diambil oleh wanita bekerjaya agar dapat mencapai kecemerlangan dalam kerjaya tanpa mengabaikan keluarga.
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 81310 Johor Bahru, Johor, Malaysia., Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 22 time(s))