Integrasi ilmu naqli dan aqli dalam Pendidikan Kaunseling : Falsafah dan amalan
Abdul Rashid Abdul Aziz1, Amla Hj. Mohd Salleh2, Nurun Najihah Musa3.
Keperluan terhadap kaunseling telah menjadi satu kesedaran dalam kalangan umat Islam sebagai usaha memelihara kesihatan fizikal dan psikologi mereka. Peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan kaunseling dan psikologi semakin bertambah seiring dengan pertumbuhan umat manusia masa kini. Pendekatan Islam dalam kaunseling adalah penting kerana pendekatan kaunseling Barat hanya menekankan aspek kognitif dan tingkah laku semata-mata. Manakala, proses intervensi kaunseling Islam menitikberatkan elemen hati, akal, roh dan nafsu. Justeru, kajian ini dijalankan bagi membincangkan beberapa aspek berhubung integrasi kaunseling berteraskan tauhid sebagai pendekatan baharu kepada bidang kaunseling sekular. Selain itu, kajian ini menekankan tentang aspek pembangunan program pendidikan dan latihan kaunselor dalam kaunseling berteraskan Islam yang masih belum mendapat perhatian yang sewajarnya. Kajian ini adalah kajian kualitatif berdasarkan kaedah analisis kandungan (ulasan buku). Terdapat sebelas bab yang membincangkan beberapa aspek berhubung integrasi kaunseling berteraskan tauhid sebagai pendekatan baharu kepada bidang kaunseling sekular, seperti konsep asas integrasi dan epistemologi ilmu dalam Islam, konsep tauhid yang menjadi asas kepada anjakan ilmu serta kefahaman elemen ilmu dan manusia menurut perspektif Islam yang bersumber al-Quran dan juga hadis. Kesimpulannya, buku ini diharapkan dapat memberi kefahaman kepada semua lapisan masyarakat berkaitan kepentingan elemen integrasi ilmu Naqli dan Aqli dalam pendidikan kaunseling di Malaysia.
Affiliation:
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800, Bandar Baru Nilai, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia., Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800, Bandar Baru Nilai, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia., Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800, Bandar Baru Nilai, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia., Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 17 time(s))