Ajaran (sesat) Harun Bin Mat Saat: Analisis ajaran, perkembangan dan pengaruhnya di Kuantan, Pahang
Kamarudin Salleh1, Sharafuddin Zainal Ariffin2.
Ajaran sesat atau ajaran salah adalah suatu ajaran, fahaman atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam tetapi bukan daripada ajaran Islam yang sebenar. Ia bertentangan dengan sumber perundangan Islam, sama ada daripada Al-Quran, Sunnah, Ijma’ atau Qias. Kajian ini mengenai seorang lelaki bernama Harun Bin Mat Saat yang mendakwa dirinya adalah Tuhan 2013 dan mempunyai 312 orang pengikut setia di seluruh Malaysia. Kajian ini juga membincangkan tentang ciri- ciri ajaran yang dibawa oleh Harun Bin Mat Saat di Kuantan, Pahang. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk melihat sejauh mana perkembangan dan pengaruh Harun Bin Mat Saat di Kuantan. Responden yang digunakan dalam kajian ini melibatkan pegawai-pegawai dari Jabatan Agama Islam Pahang serta orang yang ditahan. Dapatan kajian dianalisis, bagi mengenal pasti ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam serta pendekatan yang diambil oleh Jabatan Agama Islam Pahang dalam membanterasnya. Kesimpulannya, kajian diharap dapat memberi sumbangan dalam mendedahkan gerakan dan kegiatan ajaran sesat ini secara khusus dan langkah-langkah pencegahan yang patut diambil secara umum oleh pihak berkuasa agama seperti Jabatan Agama Islam Pahang khususnya Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah dan Bahagian Penyelidikan. Ini penting dalam memartabatkan urusan hal ehwal Islam di Malaysia.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 43600, Bangi, Selangor, Malaysia, Malaysia
- Jabatan Agama Islam Pahang, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 81 time(s))