Elemen dakwah dalam reformasi pakaian seragam Jururawat Tentera Darat wanita Muslim: Kajian kes angkatan tentera Malaysia (1970-2018)
S. Saidun1, E.Akhmetova2.
Sejarah Kor Kesihatan Diraja Angkatan Tentera Malaysia bermula sejak tahun 1933 iaitu ketika Malaysia masih di era kolonial. Namun pengambilan pertama jururawat Tentera Darat wanita bermula pada tahun 1970. Sejak itu, pakaian seragam Tentera Darat wanita telah mengalami pelbagai perubahan. Walaubagaimanapun, evolusinya belum pernah dibincangkan secara akademik. Kajian kes ini bertujuan untuk mengkaji sejarah perubahan pakaian seragam tersebut serta usaha yang dilakukan untuk mereformasikannya. Analisis kandungan data-data yang dikumpul melalui kajian kepustakaan dan temu bual mendapati bahawa pakaian seragam jururawat Tentera Darat wanita Malaysia boleh dibahagikan kepada dua fasa, iaitu fasa pewarisan ciri-ciri pakaian seragam kolonial (1970 – 1995) diikuti oleh fasa penerapan ciri-ciri Islam serta kebudayaan Melayu di Malaysia (1995 – kini). Proses reformasi ke arah pakaian yang lebih mesra Muslimat tersebut telah melibatkan pelbagai pihak dengan peranan yang besar dimainkan oleh Kor Agama Angkatan Tentera. Pelbagai strategi telah digunakan untuk mengatasi cabaran-cabaran yang didepani untuk merealisasikan aspirasi menjadikan pakaian seragam tersebut lebih menepati budaya dan agama masyarakat Melayu yang boleh dijadikan contoh oleh institusi lain yang sedang berusaha mencapai aspirasi yang serupa.
Affiliation:
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, Selangor, Malaysia
- Albert Ludwig University of Freiburg, Germany
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 20 time(s))