Dakwah dan pembangunan modal insan melalui pemerkasaan spiritualiti
Ratna Roshida Ab Razak,1, Ahmad Nasir Mohd Yusoff2, Aiza Maslan3.
Membangunkan manusia atau disebut sebagai modal insan, merupakan proses yang berterusan
dan melibatkan usaha daripada perlbagai pihak, khususnya para pendakwah. Makalah yang
bersifat konseptual ini bertujuan untuk mengetengahkan dakwah ke arah kefahaman yang
holistik mengenai pembangunan modal insan yang meliputi tiga aspek utama kejadian manusia
iaitu fizikal intelektual dan spiritual. Pembangunan komponen spiritual merupakan asas dalam
pembangunan manusia kerana di sinilah letaknya organ utama yang menjadi raja kepada
seluruh anggota badan, iaitu hati; pada hatilah letaknya roh yang memberi makna, tujuan dan
nilai sebuah kehidupan. Makalah ini menggunakan analisis deskriptif manakala, sumber data
yang digunakan dalam kajian ini adalah sumber sekunder yang berkaitan dengan topik,
khususnya dakwah dan spiritualiti yang meliputi makna, tujuan dan nilai hidup. Proses
menganalisis data dilakukan dengan mengkaji, menganalisis dan membandingkan pelbagai
sumber literatur serta mentafsirkan hasil analisis yang diperolehi. Dapatan yang dihasil
menjelaskan bahawa peranan dakwah yang bermula dengan diri pendakwah itu sendiri melalui
kefahaman yang jelas tentang peranan komponen spiritual yang disokong oleh komponen
intelektual dan fizikal merupakan asas kepada kejayaan dalam membangunkan modal insan.
Affiliation:
- Universiti Putra Malaysia (UPM) 43000 Serdang, Selangor, Malaysia (Malaysia), Malaysia
- Universiti Putra Malaysia (UPM) 43000 Serdang, Selangor, Malaysia (Malaysia), Malaysia
- Universiti Sains Malaysia, 11800 USM Pulau Pinang, Malaysia., Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 32 time(s))