View Article |
PENILAIAN EKONOMI NILAI GUNAAN PASIF PROGRAM PEMULIHARAAN PENYU LAUT DI TERENGGANU, MALAYSIA
NUR SYAHIDAH HUSNINA ZULKIFLI1, MAHIRAH KAMALUDIN2.
Penyu adalah salah satu spesies penting yang menyumbang kepada ekosistem marin. Ia bertindak sebagai pengendali ekosistem kerana ia membantu dalam produktiviti ekosistem laut yang lain. Penyu di negeri Terengganu, Malaysia diberikan perhatian dalam kajian ini memandangkan populasi penyu semakin berkurangan sejak 1960-an. Objektif kajian ini adalah pertama, untuk mengira kesanggupan membayar dalam kalangan individu yang tidak mempunyai pengalaman langsung dengan penyu terhadap program pemuliharaan di Terengganu. Kedua, mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kesan kesanggupan untuk membayar dalam kalangan masyarakat kepada pemuliharaan penyu di Terengganu. Kajian ini dijalankan ke atas 110 responden di Kuala Terengganu menggunakan kaedah tinjauan - soal selidik. Kajian ini adalah berdasarkan Teori Utiliti Rawak (RUT) dan Kaedah Penilaian Kontinjen (CVM) yang dilaksanakan untuk menganggarkan kesanggupan membayar. Hasil kajian menunjukkan terdapat tiga faktor yang mempengaruhi kesanggupan membayar dalam kalangan non-users seperti tahap kesedaran responden, jumlah pendapatan dan tahap pendidikan. Selain itu, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi orang ramai untuk membayar iaitu memastikan spesies penyu terpelihara dan dapat dilihat oleh generasi akan datang serta mengiktiraf kepentingan spesies penyu kepada ekosistem marin. Kesimpulannya, kesedaran tentang pentingnya penyu masih wujud walaupun dalam kalangan bukan pengguna yang tidak terlibat secara langsung dengan penyu.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, , Malaysia
- Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, , Malaysia
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|