View Article |
PENGARUH GAYA ASUHAN KEIBUBAPAAN DAN KECERDASAN EMOSI TERHADAP EFIKASI KENDIRI KERJAYA REMAJA
FATIN NURAIN NURDIN1, JASMI ABU TALIB2, FARAH NABILLAH MOKHTAR3, NURUL ATIQAH AB. RAJI4.
Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dan kecerdasan emosi ke atas efikasi kendiri kerjaya serta faktor peramal kepada efikasi kendiri kerjaya remaja. Seramai 335 orang pelajar tingkatan enam bawah di negeri Terengganu terlibat dalam kajian ini yang dipilih secara persampelan bertujuan. Kajian ini dijalankan secara kaedah tinjauan dengan menggunakan tiga set soal selidik. Data kajian dianalisis secara inferensi menggunakan kolerasi dan regresi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara gaya asuhan ibu bapa dan kecerdasan emosi dengan efikasi kendiri kerjaya remaja. Analisis regresi pula menunjukkan gaya asuhan ibu bapa (autoritarian, autoritatif dan permisif) dan kecerdasan emosi merupakan faktor penyumbang terhadap efikasi kendiri kerjaya remaja. Implikasi praktikal kajian ini menunjukkan amalan gaya asuhan ibu bapa dan kecerdasan emosi memainkan peranan penting dan perlu dipertingkatkan untuk membantu meningkatkan efikasi kendiri kerjaya remaja. Implikasi teoritikal pula, dapatan kajian ini memantapkan lagi andaian teori iaitu gaya asuhan dan kecerdasan emosi memberi kesan terhadap efikasi kendiri kerjaya remaja. Cadangan lanjutan perlu dijalankan dengan menggunakan sampel yang lebih besar serta kaedah kajian secara kualitatif bagi mengukuhkan lagi dapatan kajian.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
- Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
- Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
- Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|