View Article |
Wali Allah dan Cinta kepada Tuhan dalam Kisah Laila Majnun Versi Jalaluddin al-Rumi (1207-1273M) dalam Mathnawi
Manar Muhammad1, Indriaty Ismail2, Faudzinaim Badaruddin3, Zaki Sapuan4.
Laila Majnun merupakan sebuah legenda cinta yang masyhur di kalangan bangsa Arab. Cerita yang diwarisi secara oral ini dihimpunkan dalam syair oleh Nizami Ganjavi (1141–1209 M). Selain daripada versi tulisan Nizami Ganjavi yang memfokuskan tragis percintaan Qais dan Laila, pengkaji mendapati terdapat versi tulisan Jalaluddin al-Rumi dalam Mathnawiyang menumpukan pengajaran ketuhanan dan keagamaan. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk menerokai perspektif Jalaluddin al-Rumi secara lebih mendalam. Penulisan ini menggunakan metodologi kajian secara kualitatif melalui kaedah analisis kandungan. Hasil kajian membuktikan bahawa konsep Tazkiyah al-Nafsiaitu ‘penyucian jiwa’ melalui seni penceritaan tergambar dalam gaya Jalaluddin al-Rumi. Kajian mendapati kisah Laila Majnun versi Jalaluddin al-Rumi merupakan sebuah alegori bagi perjalanan suluk murid sufi dalam mengenal Allah SWT. Dalam masa yang sama, Jalaluddin al-Rumi menekankan kepentingan guru mursyid dari kalangan wali Allah sebagai wasilah kepada murid untuk mengalami muraqabah, musyahadah, ma’rifah danmahabbah dengan Allah SWT. Secara ringkas, Laila Majnun versi Jalaluddin al-Rumi ini mengangkat kepentingan bersama dengan Wali Allah agar dapat meraih cinta Allah SWT.
Affiliation:
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 18 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|