View Article |
Menelusuri Sejarah dan Kronologi Perkembangan Tempat Tempat Cerapan Hilal Rasmi di Malaysia
Salmah Abu Hasan1, Mohd Hafiz Safiai2.
Perkembangan ilmu falak kini kian meluas dengan pertambahan tempat cerapan hilal rasmi di seluruh Malaysia dari semasa ke semasa. Sehingga kini, terdapat 29 tempat cerapan rasmi di Malaysia yang dipilih berdasarkan rekod kenampakan hilal. Pengamatan hilal dalam penentuan awal bulan Hijri merupakan aktiviti terpenting dalam kegiatan ilmu falak di Malaysia. Salah satu faktor kenampakan hilal di Malaysia dengan mengambil kira pandangan ufuk barat yang bebas daripada sebarang halangan yang boleh terhalangnya untuk melihat hilal. Kajian ini bertujuan untuk mengamati sejarah tempat cerapan hilal di Malaysia. Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah pengumpulan data, analisis dokumen dan pemerhatian telah dibuat. Hasil kajian mendapati sejarah permulaan tempat cerapan dibangunkan secara rasmi sekitar tahun 1970-an bermula di Pantai Teluk Kemang, Negeri Sembilan dan sehingga kini terdapat 29 tempat cerapan hilal secara rasmi.
Affiliation:
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 16 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|